Isnin, 1 Mac 2010

bulan

sudah lama tidak menulis membuatkanku janggal tatkala memegang keyboard..ingin menulis apa?pandangan?pendapat? atau hal peribadi?? biasanya hanya menulis untuk menyiapkan tugasan.

tetapi menulis itu perlu kerana banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan akan berlalu pergi sebegitu sahaja, rugi kalau tidak diabadikan dengan rekod atau catatan. Terkenang saya kepada kata-kata seorang kawan yang mana ayahnya juga seorang blogger, "ayah aku kata menulislah dengan tangan bukan dengan otak,kalau syik nak guna otak, nanti sampai bila pun akan jadi payah untuk menulis". Saya mengangguk tanda faham maksud tersirat yang cuba disampaikan. Maksudnya, tulis lah apa sahaja yang kita nak tulis, tulis terus dari hati. Biasanya penulisan yang spontan itu adalah lebih jujur dan ikhlas.

Saya seorang ahli akademik. Mahu tidak mahu, saya sudah terjebak ke dalam gelanggang ini. Menjadi keperluan kepada ahli akademik untuk rajin menulis. Mungkin melalui blog ini, adalah cara awal untuk belajar menulis. InsyaAllah, dengan niat yang murni dan rahmat dari Allah S.W.T, blog ini akan kembali mekar..

Rabu, 20 Januari 2010

tugas

sekarang aku telah menyambung pengajian di peringkat Master, meneruskan harapan dan cita2 utk menjadi insan yang berguna buat agama, bangsa dan negara.Alhamdulillah juga kerana pengajian ku ini dibiayai sepenuhnya oleh UPM dan KPT. Aku telah diserap sebagai tutor, bakal pelapis pensyarah yang ada kini. Walaupon masih jauh perjalanan, utk mendapatkan segulung master dan juga PhD, tetapi akan tetap ku gagahi,akan tetap ku rempuhi, kerana bagiku hidup ini adalah perjuangan.Perjuangan dan kesusahan akan mematangkan manusia, menjadikan kita lebih segar, bertenaga, beridea dan kreatif.
Di setiap perjalanan ku atur, tidak lupa utk aku panjatkan doa dan tawakkal kepada Tuhan, kerana Dialah yang mengatur dan merencanakan segalanya. Moga segalanya dipermudahkan Allah S.W.T..

Khamis, 20 Ogos 2009

tazkirah buat diriku yg sering lupa

Semalam dan hari ini benar2 menguji kesabaran dan kewarasan akalku.keretaku rosak lagi, dan yg benar2 membuatkan aku terkejut benda yg sama juga rosak. Walhal mendalah itu sudahpun ku tukar baru beberapa bulan yang lalu. Masih juga aku membaikinya di kedai yang sama. Hari ini baru ku tahu mendalah itu rupanya bukan barang baru tapi barang “recon” yang dipasang oleh mekanik melayu itu, patutlah mudah rosak. Hatiku memberontak dan otakku berdenyut2 tanda aku tak berpuas hati.duit ku pasti kopak lagi. Baru bercadang hendak tukar speaker depan baru jenama sony, sudahpun ku servey harganya tapi nampaknya hasrat itu terpaksa ditangguh lagi.


Masih aku ingin memperjuangkan ekonomi bangsaku walaupun kadang 2 perkhidmatan yang diberikan memang tercorot. Kadang2 hatiku memberontak, lain kali baik aku hantar kedai anak Cina mata sepet sajer, servis yang diberikan pun dah lah tip top. Jauh beza dengan perkhidmatan anak bangsa ku ni. Tadi selesai baiki, hatiku lega walaupun duit yang ku peruntukkan untuk speaker sudahpun ku belanjakan untuk menukar mendalah itu. Selesai dibaiki, aku dengan penuh gembiranya bersiar-siar dengan menaiki kereta BMW bayangan ku itu..hehheheheh...vrooommm.. Tidak sampai 15 minit, lampu bateri dan segala lampu b’simbol di papan meter hadapanku ku menyala. Enjin keretaku tersedut-sedut lagaknya seperti kereta tua yang sudah sampai masa untuk dikebumikan.apa lagi masalahnya ni??Baru sajer baiki takkan dah buat hal lagi?? Kepalaku berdenyut2 dalam ketenangan yang nampaknya cuba benar untuk diragut.


arrggghh, sekali lagi aku membawanyanya ke kedai melayu ITU dan yang pastinya mendalah itu rosak lagi.mekanik melayu itu memberikan pelbagai alasan sampah yang cukup meluat utk aku dengar. Dlm diam, aku cb beristighfar agar dijauhkan dari sifat amarah. Dia menyuruh aku mengambil kereta itu esok dan terpaksalah aku menelefon kawan untuk mengambil ku di kedai mekanik melayu itu. Di tepi jalan, dalam biasan lampu neon di kala maghrib, termangu mangu macam orang buangan jugak lah aku sambil menunggu ketibaan kawan.

Sampai di kolej, aku cuba menghidupkan motosikal RG SPORT yang sudah lama ditinggalkan sejak menggunakan mini skuter merah jenama passion (dulu dlm iklan, rosnah mat aris yang menjadi modelnya). Sekali lagi aku diuji. Kali ini motor aku pulak yang tak nak hidup. Berkali-kali aku cuba untuk menghidupkannya. Umpama merajuk “gile babas", sampai ke sudah taknak hidup2. Lagi sekali aku terfikir, melayang lagi laa duit aku nak repair motor buruk nie, hatiku menyumpah2. Dalam diam, terlintas dalam fikiran ku kenapa Allah mengujiku begini.Dalam kekalutan mengejar waktu untuk ke tempat kerja, abang amin meminjamkan motosikalnya kepada ku.


Dlm perjalanan, aku memandu dengan penuh berhati-hati di lebuh raya, lampu motor abang amin tidak lah terang sangat, bodynya pon sudah kelihatan agak kusam, motor lamalah katakan. Mujurlah enjinnya masih ok.Secara tiba2 di sudut kecil hatiku yang paling dalam,aku mengucapkan syukur kerana walaupun motor ini motor lama tapi ianya dapat memudahkan aku ke tempat kerja malam ini.Aku bandingkan motor ini dengan keretaku, dengan motorku sendiri, astaghfirullah. Perasaan menyesal setinggi gunung mendatang, rasanya motor dan kereta ku lebih baik daripada ini tapi aku tidak pernah menghargai. Jarang benar mengucapkan syukur. Kalaupun ada yang ku lafazkan, rasanya ia bukannya hadir dari jentikan kesedaran hati yang paling dalam.Cuma di bibir sahaja.Bila dalam keadaan begini, barulah ku sedar betapa cantiknya motor dan kereta ku selama ini. Betapa bergunanya mereka kepada aku. Hatiku tersentap mengenangkan kealpaan ku selama ini. Aku punya kereta, aku bersyukur tapi tidak benar2 bersyukur. Bersyukur dengan hati yang benar2 ikhlas hingga menjelmakan kelakuanku untuk menjaganya dengan baik. Dua perkara yang ku kira sangat penting yang ku belajar pada hari ini, pertamanya bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukur di sini bkn sekadar hanya lafaz di bibir, tapi bersyukur dengan hati lantas menjelmakannya dengan perbuatan. Seandainya kita benar-benar bersyukur, pasti kita akan menjaganya dengan baik. Bersyukur dengan melihat kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita dan cuba bandingkan dengan mereka yang kurang berbanding diri kita. Bersyukurlah dengan segala pemberian dan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Betapa sesungguhnya terlalu banyak dan sukar untuk di hitung.

Keduanya, hargailah apa yg kita ada sebelum ianya pergi. Kadang-kadang kita tak menghargai apa yg kita ada hinggalah Allah menariknya dari diri kita. Sebelum ini kurang sedar tentang kelebihan dan kenikmatan berkenderaan, walaupun buruk atau kita rasa ianya biasa, sehinggalh ianya di tarik dari diri kita barulah kita menyesal dan menghargai dengan apa yang kita miliki.Betapa berjasanya kenderaan “biasa” itu kepadaku selama ini. Sering mengimpikan yang lebih, hingga lupa kepada yg ada pada ketika ini. Betullah sabda Nabi Muhammad “Manusia kalau diberi satu lembah berisi emas, pasti mereka akan mencari lembah yang kedua”. Memang sikap manusia sukar untuk bersyukur dengan apa yang ada.


Aku berkongsi perasaan ku ini dengan ustaz Sahim,seorang ustaz Yaman yang mengajar di tempat kerjaku. Aku memulakannya dengan memberi tazkirah berkenaan “syukur” kepada beliau. Tazkirah free yang tidak dipinta Beliau mengiakan dan bertanya kenapa tiba2 aku berkata demikian. Aku berkongsi kisahku dan satu kata2 beliau yang begitu menggamit perasaan ku “rutin manusia akan bersyukur bila diberi nikmat oleh insan lain, tetapi sukar bersyukur dengan nikmat yang diberi terus oleh Tuhan”. Aku terkesima dalam diam. Benar, rasanya aku juga termasuk dalam golongan itu. Bila kawan bagi hadiah, syukurrr. Bila Kawan belanja makan, syukuurrr ya Allah, Bila Fakulti bagi anugerah pelajar terbaik, syuukurrr. Tetapi nikmat yang Tuhan bagi direct terus pada aku, isk, mana syukurnya???Moga aku dan kita semua termasuk dalam insan yg sentiasa dalam redhaNYA.

Ahad, 28 Jun 2009

alhamdulillahh..

Alhamdulillah, selepas 4 tahun belajar akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian.. walaupun result sem akhir masih belum keluar, tapi insyaAllah rasanya tiada aa apa-apa sangat utk aku risaukan..yang penting bulan 8 nie aku dah nak konvoo..rasa terbalas perjuangan belajar selama nie semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah..rasa kesyukuran juga aku panjatkan kepada Ilahi dan pihak UPM kerana telah memeberikan anugerah naib canselor kepada ku baru-baru ini.. aku sangat berterima kasih dan menghargainya.. sesungguhnya penganugerahan tersebut memberiku inspirasi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadi seorang Islam berbangsa Melayu yang cemerlang..

Terima kasih juga aku panjatkan kepada pihak pentadbir dan kaunselor SMK Seri Serdang kerana telah memberiku latihan asas perguruan yang cukup bagus..rasanya sekolah ini memang satu tempat latihan yang bagus bagi mereka yang ingin menjadi seorang guru.. banyak perkara yang aku dapat belajar disini.. murid-murid disini datang dari pelbagai bangsa dan juga berbeza tahap sosial ekonomi statusnya.. ada anak pensyarah, doktor, guru dan ada juga yang datang dari keluarga yang ibu bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan keluarga yang bermasalah.Dari segi personaliti dan cara pergaulan juga, aku melihat perbedaan yang cukup ketara di kalangan mereka. Thanks Kak Zah (Cikgu Zaharah) selaku kaunselor pembimbingku, seorang kaunselor yang sungguh berdedikasi dan banyak memberikan tunjuk ajar.Mintak maaf kerana tak dapat pergi pertandingan projek warga di Shah Alam baru-baru ni.Kepada Puan Chen, Cikgu Dasimah, Cikgu Mahanom dan Puan Tan, terima kasih kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar. Sesungguhnya anda semua kaunselor yang sungguh komited dengan tugas yang diberikan.Banyak yang ku belajar dari kalian.

Kepada murid-muridku merangkap adik-adikku,terutamanya SHAHIDA ATIKA,pengunjung setia blog ku ini, maaf kerana cikgu lambat mengotakan janji untuk terus menulis. Kekangan masa yang tidak mengizinkan, banyak kerja lain yang perlu cikgu bereskan terlebih dahulu.Apapun cikgu sangat menghargai kesetiaan kamu mengikuti blog ini:)kepada Zarul, ZULhilmi (terima kasih atas hadiah yang diberikan),Ainul, Anis, Hajar, Filzah, Liyana,Ain, Aini, Nisah,Suhaila dan ramai lagi yang tidak sempat untuk cikgu nyatakan nama di sini, sesungguhnya cikgu amat berbahagia dapat mengenali korang semua.Maafkan cikgu andainya ada salah dan silap. Segala ilmu yang cikgu berikan kepada kalian, sesungguhnya cikgu halalkan...Belajar rajin-rajin, nakal-nakal jugak, tapi study biar gempakk..

Isnin, 18 Mei 2009

Sikap Penentu Kejayaan

Lebih kurang 25 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini. Tetapi pada 25 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan.

Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini. Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah muda. Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 25 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap. Pastinya lebih ramai lagi.

Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini.

Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred 2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP. Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa depan. Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran.

Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru. Antara sumber-sumbernya ialah: Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola Pengaruh media - TV, radio, internet Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku. Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan Peristiwa silam - besar atau kecil Pengalaman Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar. Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Dalam keadaan ini, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam konteks tersebut. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan. Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat dan didengar ini, sama ada positif atau negatif, tanpa sekatan. Apabila maklumat yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini berlaku di bawah kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.

Bolehkah sikap diubah? Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motisikal rakan. Rakan anda membawa motisikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalam tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta. Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan, perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya. Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru.

Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula dialam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri

Selamat Hari Guru



Sudah lama rasanya aku tidak menulis di blog ku ini..mungkin kerana kesibukan tugas yang sentiasa menghambat dan juga perasaan malas untuk mencoret membuatkan blog ku ini sepi tanpa sebarang nukilan.. biasanya aku akan menulis di tengah keheningan malam, tatkala semua orang sudah lena diulit mimpi dan mataku masih liat untuk terpejam..

Sedar tidak sedar, tinggal 3 minggu lagi aku akan berpraktikal di SMK Seri Serdang ini. Banyak pengalaman yang aku timba, pengalaman menjadi seorang pendidik dan menjadi seorang manusia yang punyai perasaan. Tugas sebagai seorang guru ternyata sangat mencabar. Seandainya betul-betul dihayati tugas ini, mahu psikotik aku di buatnya. Tugas sebagai seorang kaunselor di sekolah ini ternyata memberiku sejuta rasa. Macam-macam cerita, pengalaman dan emosi yang aku tempuhi. Gembira, duka mahupun lara semuanya bercampur baur menghasilkan rasa yang cukup unik, cukup untuk memanusiawi kan diriku yang bergelar manusia..

Masih lagi segar di ingatan bila aku mengendalikan satu sesi kaunseling kelompok untuk sekumpulan pelajar tingkatan 1, bila aku bertanya tentang ibu bapa, masing-masing bercerita hinggalah tiba kepada seorang pelajar, beliau terus menangis.Linangan air mata yang mengalir menuruni pipi mulus itu, nampaknya cuba untuk ditahan, tapi tetap gagal kerana ianya tetap laju merembes keluar. Membawa sejuta rasa pilu seorang insan kecil yang baru berusia 13 tahun.
Aku perasan sejak dari tadi, wajahnya lain macam bila hal ibu bapa dibangkitkan. Rupa-rupanya beliau umpama anak yatim, sedari kecil tidak pernah mengenali siapakah ayahnya. Ibunya pula lari meninggalkan beliau adik beradik mengikut jantan lain. Aku difahamkan, beliau adik beradik sekarang ini dijaga oleh seorang nenek yang langsung tiada pertalian darah.Kononnya mereka ditumpangkan sekejap di rumah nenek kerana ibunya ingin mencari kerja, tapi terus tidak pulang-pulang.
Nenek menyara mereka adik beradik hanya dengan menjual kuih. Tetapi kesemua anak-anak itu tidak dipisahkan atau dihantar ke rumah kebajikan masyarakat. Betapa murninya hati seorang nenek. Sejak dari itu, aku selalu juga membeli nasi bungkus ataupun kuih dari nenek, lebih kepada niat untuk membantu dan menyumbang kerana mengagumi niat dan hati nenek yang sungguh mulia. Mendengar cerita sayu pelajar itu yang tersekat-sekat dengan linangan air mata, hatiku juga berombak-ombak menahan tangisan air mata agar tidak mengalir keluar. Betapa aku simpati dengan dirimu wahai adikku, bersabarlah dan percayalah jikalau dirimu berusaha untuk mengubah masa depanmu, Allah pasti akan membantumu. Aku sebagai guru, akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Tidak lupa juga aku pengalaman mengandalikan kes-kes lain. Masalah mencuri, gangster, video lucah, minum arak,rokok, dadah, mental disorder, cintan cintun , masalah member, kekeliruan kerjaya antara pengalaman yang sempat aku kendalikan sepanjang 3 bulan ini. Mula-mula mengendalikan kes, naik biol juga aku dibuatnya. Sempat lah kena demam sekejap. Lama kelamaan barulah aku dapat menyesuaikan diri dan belajar untuk menerima kenyataan. Aku cuba menjalankan kewajipanku dengan sebaik mungkin walaupun kadangkala terlemah semangat juga dibuatnya. Apapun ini lah hakikat seorang guru, bukannya mesin atau pun kereta yang ingin dihasilkan, tapi adalah seorang MANUSIA. Kepimpinan melalui teladan, berkat menjadi seorang guru, aku rasa aku juga banyak belajar memperbetulkan diriku ke arah yang lebih baik.Mudah-mudahan istiqamah hendaknya.

Menerima mesej SELAMAT HARI GURU dan hadiah dari pelajar-pelajar adalah sesuatu yang sungguh bermakna. Satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan..Buat anak-anak muridku, kalian tetap abadi dalam ingatan cikgu.. Kalaupun cikgu tidak kaya dengan wang ringgit, yang pastinya cikgu berbangga kerana cikgu kaya dengan anak murid.. dan ianya pasti akan menjadi lebih bermakna kalau anak-anak murid cikgu menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah..

Isnin, 23 Mac 2009

Destinasi


Menyingkap tirai hati mengingkai keampunan
Di halaman subur rahmatmu Tuhan
Tiap jerjak yang bertapak debu kejahilan
akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada pernah ku temui hanya kecewa
menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasihmu
Yaaa….. ilahi robbi..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Bejana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku oh tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhamu
namun masihku mengharap ampunanmu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..