Khamis, 22 Januari 2009

Aku dan AIMS


Aku menjadikan gambar AIMS (salah satu program motivasi yg aku anjurkan) sebagai wallpaper komputer ku. Pabila ku mengamati sedalam-dalamnya wajah para peserta program AIMS, hatiku dihimpit kesayuan dan kerinduan. Aku rindukan program-program motivasi sebegini. Jiwaku amat suka dan terikat kuat dengan dunia ini. Bila ku lihat gambar ini, aku sedar aku tidak boleh sama sekali menjadi insan yang lemah, insan yang pemalas, insan yang tidak memanfaatkan masa dan insan yang tertinggal. Aku menjadi "motivator" kepada mereka dan seharusnya aku juga beramal dengan apa yang aku kata dan ungkapkan. Aku mengajar mereka supaya bersemangat utk belajar, tentukan matlamat dan cuba dengan sedaya upaya utk kejar matlamat itu, aku mengajar mereka tentang kuasa fokus dan patutnya kita FOKUS utk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Aku bercerita segala perkara yang membangkitkan semangat (sejujurnya apa yg aku cakapkan banyaknya lahir dari isi hatiku sendiri). Jadi adakah sewajarnya aku sendiri tidak mengamalkan apa yang aku ajarkan. Aku sama sekali tidak boleh lemah, aku sama sekali tidak wajar utk berputus asa dan sama sekali tidak boleh jadi insan yang pemalas. Masa yg Allah berikan adalah amat singkat, jadi aku perlu manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hadis Nabi Muhammad yang sering berdengung-dengung di telingaku ” Dua nikmat yang paling besar yang sering manusia sia-siakan ialah nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa”. Aku tidak mahu menjadi insan yang tergolong di dalam kategori ini, sering mensia-siakan masa dan membiarkan masa muda berlalu sebegitu sahaja tanpa apa-apa yang berfaedah. Sebenarnya, pada tahun baru ini ada 3 azam yang telah aku tekad dan pahatkan di dalam diari ku.InsyaAllah, setiap hari bila diamati azam ku itu, aku jadi makin bersemangat dan merasakan hidupku ini mempunyai halatuju. Matlamat dan cita-cita membuatkan hidupku bersemangat. Perasaan yang sukar untuk dimengerti. I’ve a dream=) Sebenarnya esok aku ada test, dan malam ini aku rasa agak liat untuk mentelaah. Coretan sebegini sedikit sebanyak sebenarnya bisa membuatkan aku bersemangat kembali. Buku undang-undang keluarga islam yg tadi cukup malas untuk aku pegang, kini alhamdulillah terasa bersemangat kembali utk mentelaah.Aku impikan A untuk subjek ini. Inilah monolog diriku, coretan utk memberi kekuatan dan motivasi kepada diri sendiri=) Chayokk Asyraf, alangkah kecilnya duniamu kalau tidak kerana besarnya cita-citamu...

Rabu, 21 Januari 2009

Siapa Yahudi dan Islam??

SEJAK 22 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin dan menjadikan mereka seolah2 seperti rojak dan air batu campur bagi santapan sifat kebinatangan mereka.Israel, nampaknya terlalu angkuh.Dan akibat desakan dunia dan PBB, gencatan senjata telah dilakukan dan itupun selepas hancur lebur Gaza dikerjakan oleh mereka.

Aku tidak 'berkuasa' untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi aku ingin berkongsi, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Aku sememangnya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan?

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia) dan begitu banyak lagi utk disebutkan.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media pula, antara nama yang aku percaya kita pernah dengar tentang orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia..

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi..


Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.


Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?


Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk.. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran

Selasa, 20 Januari 2009

Masak

t'hari nie aku masak dengan dibantu oleh Zali..ayam masak kicap + keropok goreng..waah, tak sangka yang aku nie pun ada bakat memasak sebenarnya..hehehe..aku tertarik dengan kata2 Zali, kita sebagai orang lelaki tak boleh duduk saje, kena buat sesuatu.. aku mengakui apa yg dikatakan oleh Zali..dalam diam, aku mmg kagum dengannya kerana bagiku Zali seorang yg sangat rajin..Aina (GFnya) sangat beruntung kerana memilikinya sebagai BF merangkap bakal suami..seorang yang rajin, baik, memahami, soleh dan penyayang..wah, meletup2 pulak aku puji si Zali nie..ok, aku sambung lain kali plak sebab kawan aku ihsan dah datang..kitaorang nak isi SPA..

Petua Orang Muda


1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

Isnin, 19 Januari 2009

Aku dan kehidupan

Hari ni aku sedikit rasa bersemangat.. tak tahulah kenapa..hatiku rasa lebih tenang dan senang dengan kehidupan..mungkin juga kerana membaca berita yang menyatakan bahawa israel yg laknat itu telah melakukan gencatan senjata terhadap Palestin..Kesian betul dengan rakyat Palestin..susah payah masyarakat mereka yang mereka sendiri yg tahu..berat mata memandang berat lagi bagu yg memikul..moga2 Allah memberi kemenangan kepada umat islam selepas ini..bagiku yang penting umat islam kena bersatu..

salam blog utk semua

salam blogg utk smua..
yahoo..akhirnya aku dah ada blog sendiri..
harapannya, moga blog aku ini aktif dan dapat menjadi medium tntg apa yg ada di dalam mindaku ini buat tatapan semua..
terimalah matakusepet ikhlas dari aku..
walaupun sepet, insyaAllah hikmahnya mampu untuk melihat sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara yg ada di dunia ini..