Khamis, 22 Januari 2009

Aku dan AIMS


Aku menjadikan gambar AIMS (salah satu program motivasi yg aku anjurkan) sebagai wallpaper komputer ku. Pabila ku mengamati sedalam-dalamnya wajah para peserta program AIMS, hatiku dihimpit kesayuan dan kerinduan. Aku rindukan program-program motivasi sebegini. Jiwaku amat suka dan terikat kuat dengan dunia ini. Bila ku lihat gambar ini, aku sedar aku tidak boleh sama sekali menjadi insan yang lemah, insan yang pemalas, insan yang tidak memanfaatkan masa dan insan yang tertinggal. Aku menjadi "motivator" kepada mereka dan seharusnya aku juga beramal dengan apa yang aku kata dan ungkapkan. Aku mengajar mereka supaya bersemangat utk belajar, tentukan matlamat dan cuba dengan sedaya upaya utk kejar matlamat itu, aku mengajar mereka tentang kuasa fokus dan patutnya kita FOKUS utk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Aku bercerita segala perkara yang membangkitkan semangat (sejujurnya apa yg aku cakapkan banyaknya lahir dari isi hatiku sendiri). Jadi adakah sewajarnya aku sendiri tidak mengamalkan apa yang aku ajarkan. Aku sama sekali tidak boleh lemah, aku sama sekali tidak wajar utk berputus asa dan sama sekali tidak boleh jadi insan yang pemalas. Masa yg Allah berikan adalah amat singkat, jadi aku perlu manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hadis Nabi Muhammad yang sering berdengung-dengung di telingaku ” Dua nikmat yang paling besar yang sering manusia sia-siakan ialah nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa”. Aku tidak mahu menjadi insan yang tergolong di dalam kategori ini, sering mensia-siakan masa dan membiarkan masa muda berlalu sebegitu sahaja tanpa apa-apa yang berfaedah. Sebenarnya, pada tahun baru ini ada 3 azam yang telah aku tekad dan pahatkan di dalam diari ku.InsyaAllah, setiap hari bila diamati azam ku itu, aku jadi makin bersemangat dan merasakan hidupku ini mempunyai halatuju. Matlamat dan cita-cita membuatkan hidupku bersemangat. Perasaan yang sukar untuk dimengerti. I’ve a dream=) Sebenarnya esok aku ada test, dan malam ini aku rasa agak liat untuk mentelaah. Coretan sebegini sedikit sebanyak sebenarnya bisa membuatkan aku bersemangat kembali. Buku undang-undang keluarga islam yg tadi cukup malas untuk aku pegang, kini alhamdulillah terasa bersemangat kembali utk mentelaah.Aku impikan A untuk subjek ini. Inilah monolog diriku, coretan utk memberi kekuatan dan motivasi kepada diri sendiri=) Chayokk Asyraf, alangkah kecilnya duniamu kalau tidak kerana besarnya cita-citamu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan