Rabu, 11 Februari 2009

Al-Fatihah Buat Dr Lily

Al-fatihah buat pensyarahku merangkap P.A, Allahyarhamah Prof Madya Dr Lily Mastura Bt Haji Harun yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi..beliau meninggal kerana komplikasi yang dialami selepas pembedahan apendix baru-baru ini..semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmah oleh Allah S.W.T..

Kenangan bersama Allahyarhamah tidak mungkin pudar dari ingatan kerana aku antara pelajar yang paling baik dengan beliau..kenangan menjadi pengacara majlis perkahwinan anaknya di dewan merak kayangan FELDA tidak mungkin ku lupa..Arwah kerap mengusik ku dengan memanggil ku dengan gelaran "tukang karut"..Ini kerana dalam kelasnya "kaunseling keluarga", aku pernah berlakon watak seorang ayah dengan menggunakan dialek kelantan..masakan mee gorengnya juga masih segar di ingatan, sungguh enak sekali..kenangan solat berjemaah bersama, keluar makan di kedai mamak bersama-sama dengan keluarga beliau juga kadangkala pasti akan menggamit kenangan..

Dr, pastinya aku akan mengingati segala ilmu yg telah kau ajar selama ini..insyaAllah akan ku pahatkan di hati dengan sebaik mungkin segala pesananmu..keperihatinanmu terhadap pelajaranku selama ini amat aku hargai..aku sedih dengan pemergianmu namun aku redha kerana mungkin itulah yang terbaik di sisiNya..aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh..menjadi seorang insan yang dapat berbakti seperti dirimu..malam ini, aku dan rakan-rakan menghadiahkan Yasin buatmu, semoga rohmu aman di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang disayangi oleh Allah S.W.T..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan