Rabu, 25 Februari 2009

coretan

Kehidupan sekarang memang agak padat. Setiap hari, masa cuba dipenuhkan dengan sebaiknya hingga kadang keletihan juga aku dibuatnya.Menjual dunkin donut,kerja-kerja akademik, mengajar tuisyen,training n ceramah motivasi, latihan dikir barat dan takaful insurans sudah cukup membuatkan aku terpaksa membahagikan masa dengan seteliti mungkin. Terkadang hilang juga kosentrasi tapi aku cuba sedaya upaya untuk betulkan kembali niat dan berdoa agar nikmat masa muda, tenaga dan kesihatan yg Allah kurniakan ini dapat penuhi dengan sebaik mungkin.Walaupun sibuk, aku seronok dengan aktiviti yang aku lakukan. Semuanya benda-benda baru yang membuatkan aku cukup teruja untuk belajar:)Semalam, kerana teramat letih aku tertidur di bawah meja di bilik MTM sambil menunggu waktu untuk pergi mengajar. Yang tak tahan tu, si kubeng siap memberitahu yang aku berdengkur, tapi still ok sebab masih tak dapat melawan dengkuran hizli..hihihi..(oppss,mntk ampun)..

Kita tidak akan merasa nikmat sihat sehinggalah badan kita merasa sakit.Kita tidak akan merasa nikmat masa yang terbuang sehinggalah umur kita sudah tua dan tatkala itu baru kita menyedari bahawa tidak banyak yang telah kita lakukan di dalam kehidupan kita ini.Banyak penyesalan timbul setelah terjadinya sesuatu dan kehilangan sesuatu.Kita mula menghargai ibu dan ayah setelah ibu dan ayah pergi, kita mula menghargai keseronokan belajar setelah kita bekerja, kita mula menghargai kawan2-kawan setelah kita merasa kesunyian kerana tiada kawan dan kita mula menghargai masa setelah kita terlalu sibuk hingga susah untuk mecari masa berehat. Ketika itulah baru kita menghargai apa yang ada di dalam kehidupan kita ini, hatta dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.


Pernah sekali ketika aku mahu meninggalkan rumah kerana cuti sem telahpun tamat. Ya Allah, rasa sayu betul di dalam hati. Seolah-olah masih tidak puas tinggal di rumah dan aku tidak mengisi masa cuti yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Rasanya tidak banyak khidmat yang dapat aku berikan kepada orang tuaku, masa banyak dihabiskan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Ketika itu, timbul rasa penyesalan di dalam hati, alangkah indahnya kalau cuti ini dapat dipanjangkan sedikit untuk aku menambah bakti kepada orang tuaku, melakukan sesuatu yang bermanfaat di rumah bukan hanya sekadar tidur, melepak dengan kawan2 dan menonton TV. Tapi ketika itu, barulah aku sedar bahawa apapun masa cuti takkan dapat dikembalikan. Ia telah berlalu pergi dan apapun aku tetap perlu menaiki bas pada malam itu. Arrghhh...perasaan menyesal membuak-buak..

Satu pengajaran besar yang ku dapat : Hargailah apa sahaja yang ada disekeliling kita, sentiasa bersyukur dan manfaatkan nikmat yang Allah kurniakan dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan