malam ini aku study dan fikiran ku agak tidak tenang..jrg aku begini..satu perasaan halus menyelinap, menyirat-nyirat hatiku yang menghasilkan rasa ngilu dan pilu..apakah bejana rasa yang ku alami ini?
sungguh tuhan, aku jadi keliru..syaitan dan nafsu bajingan apakah yg kau hantarkan ini..hingga lelah dan penat iman dan warasku menentangnya..semuanya gara-gara perkhabaran yang ku dapat tadi..
ya tuhan, aku hambamu yang lemah..hambamu yang tidak berdaya tanpa bantuan dariMU..Ku mohon, berilah aku jalan..ternyata cabaran meniti kedewasaan bukannya mudah, tanpa iman dan iktikad yang cukup kental di hati..
Tuhan, kenapa mataku masih silau untuk membedakan antara kaca dan permata..sedangkan di tanganku sudah punya azimat keramat bermata sakti..
Ia, jawapan karomahMu muncul di hati.. "
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah PERMAINAN DAN SENDA GURAUAN, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti)ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhanNya. DAN KEHIDUPAN DUNIA TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN YANG PALSU- Surah Al-Hadid (57:20)
Dunia hanya alat, matlamat akhirat yang kekal abadi. Malam ini aku resah kerana dunia. Jelas aku telah tertipu. Mainan perasaan syaitan untuk menghanyutkan.Terima kasih Tuhanku..Hatiku tenang kembali..
SEBAIK-BAIK MANUSIA
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan