Isnin, 2 Februari 2009


Malam ini aku keluar minum dengan kawan-kawan baik di daerah kelahiranku. Ramai juga yang keluar antaranya Din, Apis, Faizal, Firdaus dan Mizi. Kami lepak di kedai Pakdo, sebuah kedai kecil yang terkenal dengan masakan belutnya. Mizi sebenarnya dalam perjalanan menuju ke KL, ingin menghantar atuk dan nenek saudaranya tapi sebelum tue, dia singgah makan dahulu sambil lepak sekejap dengan kami semua. Tengah seronok berborak kosong, kawan baik kami ”Sufian” dari Jepun pulak yang menelefon. Seolah-olah seperti dirancang, kami semua dapat berkumpul pada malam ini. Yang tak ada cuma Rohim dan Zailani (bertugas sebagai wartawan sinar harian di Terengganu). Di sekolah menengah, aku membesar dengan mereka semua. Persahabatan kami terus mekar hinggalah kami menginjak alam dewasa. Banyak pengalaman pahit manis, suka duka yang telah kami kongsi bersama. Dulu biasanya, kalau masing-masing bercuti, pasti kami akan mengadakan perkemahan di mana-mana tempat yang kami ingin pergi tak kiralah sama ada di kawasan air terjun ataupun tepian pantai. Biasanya pada malam tersebut, kami akan berborak sampai pagi Berborak kosong sampai semuanya naik penat dan terbaring di gigi pantai..
Pada cuti kali ini, sebenarnya aku ingin mengadakan perkemahan sekali lagi. Kadangkala aku rindukan saat itu. Pada mulanya, aku bersemangat ingin melakukannya, tapi bila melihatkan keadaan Din yang diserang demam campak, aku rasa tak sesuai untuk melakukannya pada cuti kali ini. Melihatnya pun aku dah tak sampai hati. Habis badan dan mukanya dinaiki campak. Kami bergurau dengan memanggilnya puaka niyang rapik, mangsa bom fosforus di Gaza, bekas tawanan penjara Amerika dan sebagainya.
Di kampung ini lah kawan baikku. Rasanya aku tak ada kawan sebaik ini, yang mungkin mengenal aku luar dan dalam.Sebenarnya aku memang nakal orangnya, cuma sekarang nie jer aku rasa dah berubah jadi baek ckett ..hahaha..kene insap jugak beb sebab umur dah tua :P Jangan mare pada kawan-kawan lama yang membaca
Mengimbas kenangan lama, kadang-kadang akan membuatkan aku tersengih sendirian. Apapun aku bersyukur pada Allah kerana walaupun masih belajar (alhamdulillah dah semester akhir), aku tetap menjadi manusia. Kalau dilihatkan cara hidup aku dulu, aku pon konpius dengan diri aku. Betul ke aku nii?? Dulu aku sememangnya tak begitu kuat dalam belajar, lebih banyak main. Setiap malam memang tak dapat study selagi tak keluar rumah jumpa dengan kawan-kawan. Fikiran mesti kat luar rumah je walaupun duduk di meja study. Jadi kenalah keluar dulu maen motor, minum-minum kat kedai, borak-borak kemudian baru balik rumah. Ibuku memang dah tak leh nak buat apa. Katanya terpulang lah pada aku untuk mencorakkan masa depan ku sendiri, seksok jangan dok menyesal. Rekod kedatangan di sekolah semasa tingkatan 5, seingat-ingat aku, akulah orang yang kedua terbanyak tak pergi sekolah selepas Hakam. Takpun aku orang first dan dia nombor dua. Kami saling potong memotong di antara satu sama lain dalam mencipta rekod berkenaan.(walaupun sebenarnya kami mengharapkan ada orang lain yang memotong rekod kami). Jangan marah Hakam yer, memang dah realiti punn.Tapi budaya ponteng memang jadi perkara biasa di sekolah kami (sekolah lelaki maa). Tapi bila time exam, setahu aku si Hakam ni lah yang gempak. Entah toyol cap apa yang digunanya, mungkin Cap kipas Udang kot..hahaha..Guru kelas ”Cikgu Norma” pun pening kepala jugak di buatnya.
Sesuatu yang agak pelik dari kebiasaan, di sekolah ku kebanyakannya budak-budak yang ponteng ni lah yang dapat result bagus-bagus. Hemm, tapi memang wajar sebab kat sekolah pun tak study jugak, banyak main jee. Semasa di form 5, ketika itulah kami terpaksa cover segala-galanya termasuk sukatan pelajaran form 4. Ketika di form 4, kami ada peperiksaan SMU jadi fokus lebih terarah ke situ berbanding SPM. Jadi dengan sebegitu banyak topik dan sukatan yang perlu dihadam, mungkin kami pikir lebih baik belajar je di rumah daripada pegi sekolah. Apapun, ponteng pun ada had jugak. Seminggu koman-koman tiga hari kena la jugak pegi sekolah. Memang best lah sekolah laki nie, sebab semuanya sempoi bagiku..=)
(Aku harap blog ini tidak akan dibaca oleh anak-anakku nanti, contoh teladan yang tidak baik buat mereka.)
Walaupun banyak main, nakal tapi aku sedar aku ada suatu kemahuan. Sedasyat mana pun aku, aku tetap nak masuk universiti macam kakak dan abang dan menggembirakan kedua ibu bapaku. Aku nak jadi seorang yang berguna dan iltizam ini memang dah lama mengalir dalam darah dagingku. Aku mahu ibu bapa ku gembira kerana melahirkan anak seperti ku, dan kerana itulah walaupun malas, walaupun nakal, aku tetap kena berusaha jugak untuk belajar. Dan alhamdulillah, dengan result SPM yang sederhana aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke UPM. Di sini aku lebih banyak belajar dan terus belajar.. Hmm, kadangkala bila mengimbas kenangan lama nie, agak menyeronokkan jugak yer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan